Rabu, 13 Julai 2016

Orang Lain Pinjam & Beli Tapi City..

 
Edin Dzeko, Stevan Jovetic dan Alvaro Negredo. Nama-nama ini adalah milik pemain yang dipinjamkan keluar oleh Manchester City dan di akhir tempoh pinjaman pasukan yang meminjam akan membeli pemain tersebut. Senang cakap ini namanya sistem 'pinjam & beli'.

Masalahnya City pun pakai sistem ini tapi terbalik. City suka guna 'beli & pinjam'. City beli player tapi lepas itu dipinjamkan keluar. Kalau pemain muda boleh terima juga dipinjamkan untuk menimba pengalaman tapi ramai juga yang dipinjamkan ini pemain yang sudah berusia. Contoh-contohnya adalah seperti:
 
Luke Brattan (Melbourne City)
 
Anthony Caceres (Melbourne City)
 
Aaron Mooy (Huddersfield Town)
 
Ruben Sobrino (Alaves)
 
Dalam pada itu terdapat 2 lagi pemain yang dikatakan sudah menandatangan kontrak bersama City dan akan dipinjamkan keluar:
 
1. Marlos Moreno dikhabarkan akan dipinjamkan kepada Deportivo La Coruna kerana kesukaran beliau mendapatkan permit kerja UK.
 
 
 
2. Geronimo Rulli pula akan dibeli oleh City hanya untuk dipinjamkan semula kepada Real Sociedad di mana Sociedad boleh membeli Rulli dengan harga €7 juta di akhir pinjaman tetapi termaktub dalam perjanjian nanti City boleh membeli semula Rulli dengan harga €14 juta. Agak kompleks juga kontrak Rulli ini.
 
 
- Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.