Pengarah sukan Schalke 04, Christian Heidel mengesahkan Leroy Sane berhasrat mahu meninggalkan kelab itu di musim panas ini.
Heidel turut menambah Sane akan menyertai sebuah pasukan yang berasal dari England. Setakat ini hanya Manchester City sahajalah pasukan England yang sedang kuat dikaitkan dengan Sane dan sedang berurusan dengan Schalke untuk membawa pemain itu ke Stadium Etihad.
Bayern Munich juga sudah mengesahkan yang mereka tidak berminat untuk berlumba dengan City dalam mengejar tandatangan Sane. Ini akan memudahkan urusan perpindahan Sane ke England yang dianggar bernilai €50 juta.
- Bulan Biru