Geronimo Rulli terus dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City walaupun dia sebelum ini menolak tawaran itu kerana tiada jaminan bermain dengan kerap.
Pep Guardiola pula masih belum yakin sepenuhnya dengan kebolehan Joe Hart dan mahukan Rulli sebagai pencabar posisi penjaga gol. Media Sepanyol melaporkan Rulli lebih berminat menukar status pinjaman beliau ke Real Sociedad menjadi perpindahan tetap. Akan tetapi Manchester City yang memegang kepentingan dalam syarikat pelaburan yang memiliki Rulli mendapat layanan pilihan utama dalam transaksi perpindahan Rulli. Disebabkan itu, media Sunday Express berpendapat perpindahan Rulli dari Deportivo Maldonado hanya menunggu masa sahaja. Dijangka transaksi Rulli akan bernilai lingkungan £7.5 juta.
- Bulan Biru