Isnin, 11 Julai 2016

Gempar - City Dan Besiktas Capai Kata Setuju


Besiktas dan Manchester City sudah mencapai kata setuju yang akan melihat Aleksandar Kolarov beraksi di liga Turki musim depan.

Walaupun City menginginkan harga yang lebih tinggi daripada £3 juta yang ditawar Besiktas, namun memandangkan Kolarov dilihat tiada tempat dalam pelan bolasepak Pep Guardiola dan Kolarov sendiri meminta City merendahkan harga permintaan mereka maka City bersedia untuk melepaskan beliau. Kolarov dijangka akan diumumkan sebagai pemain Besiktas selepas selesai perpindahan Gokhan Tore ke West Ham United yang tertangguh kerana Hari Raya Aidilfitri.

- Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.