Adakah rekod bakal tercipta? Rekod 9 kemenangan berturut-turut yang tercipta di antara 8 April - 28 September 1912 akan berkecai andai pasukan Pellegrini menewaskan pasukan Watford di Etihad hari ini. Bersama momentum dan keyakinan tinggi di dalam skuad, kemenangan selesa dijangka diperoleh dalam genggaman City. Tiada perubahan dijangka dalam kesebelasan utama pasukan City kecuali Pellegrini memutuskan memberi perlawanan sulung kepada Nicolas Otamendi. Kecederaan kepada Bony, Clichy, Zabaleta dan Fernando membuka peluang kepada pemain muda City untuk berada di bangku simpanan. Nama-nama Pablo Maffeo, Kelechi Iheanacho dan Patrick Roberts disahkan akan tersenarai dalam pilihan pemain simpanan hari ini. Ramalan Blog Bulan Biru: City 4 - Watford 0.
Fakta menarik pra-perlawanan:
1. Sekurang-kurangnya 2 gol dijaringkan City dalam 8 perlawanan terakhir mereka.
2. City tidak tewas kepada Watford dalam 6 pertembungan terakhir di antara mereka.
3. City kini satu-satunya pasukan dengan rekod 100% dalam BPL musim ini.
4. Aguero dan Silva bakal bertemu dengan bekas pengurus mereka semasa masing-masing berada di Atletico Madrid dan Valencia, Quique Flores yang kini mengurus Watford.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru
Sumber: WhoScored.com, Twitter