Isnin, 23 November 2015

Kenali City - Pemain Kelas '92 Yang Terpinggir


Namakan seorang pemain Manchester City berdasarkan gambar di atas. (10 markah)

Ramai yang mengenali gambar ini sebagai skuad tahun '92 Manchester United yang terkenal. Namun ini bukanlah satu soalan helah. Sememangnya terdapat seorang pemain City yang lahir dari kelas '92 United. Pemain ini adalah pemain kelas '92 yang terpinggir dan gambar beliau sering dipotong keluar dari gambar terkenal ini. Sungguh sadis sekali nasib beliau.



Beliau adalah Terry Cooke. Selepas gagal menembusi skuad utama United, Cooke dipinjamkan kepada banyak kelab lain termasuk musuh ketat United iaitu Manchester City pada musim 1998/99 dan turut tersenarai dalam skuad play-off Divisyen 2 ketika City menentang Gillingham. Cooke kemudiannya berpindah secara tetap ke City di musim berikutnya. Terry Cooke bermain bersama City hanya selama 2 musim sebelum dipinjamkan keluar.

Posisi: Pemain Tengah
Perlawanan debut: Fulham (16/01/1999)
Perlawanan terakhir: Huddersfield Town (27/11/1999)

Musim bermain
  • 1998/99
  • 1999/00

Penampilan
Liga: 34
Piala FA: 0
Piala Liga: 4
Eropah: 0
Lain-lain: 3
Jumlah: 41

Gol
Liga: 7
Piala FA: 0
Piala Liga: 1
Eropah: 0
Lain-lain: 0
Jumlah: 8

Superbia in proelio - Blog Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.