2 minggu ni penulis sibuk betul outstation. Minggu lepas Bukit Tinggi, minggu ni Legoland pula. Jadi sajalah nak cakap tak ada masa nak buat analisa pra-perlawanan. Layan.
Ramalan Blog Bulan Biru: Villa 0 - City 3
Fakta menarik pra-perlawanan:
- City menang 7 daripada 8 perlawanan BPL terakhir menentang Villa.
- Villa adalah lawan kegemaran City. Rekod kemenangan BPL tertinggi City adalah menentang Villa iaitu 21 kemenangan.
- Andai City menang, Villa akan kalah 8 perlawanan berturutan buat pertama kali dalam sejarah BPL mereka.
- Rekod terburuk kalah berturutan Villa ialah 11 perlawanan pada 1963. Rekod itu berakhir apabila mereka menewaskan City di laman sendiri.
- Remi Grande akan menjadi pengurus Perancis ke-6 mengendalikan perlawanan BPL selepas Arsene Wenger, Gerard Houllier, Jean Tigana, Jacques Santini dan Alain Perrin.
- Pertahanan City adalah yang terkental dalam BPL musim ini. Mereka hanya membenarkan lawan membuat 28 cubaan gol.
- 5 pemain yang sudah menjaringkan gol BPL untuk City dan Villa ialah Milner, Vassell, Dunne, Ireland dan Barry. Harap-harap Micah Richards tidak menyenaraikan diri dalam senarai ini nanti.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru